Tiga Lelaki Ditahan Polis Susulan Kes Merusuh di Tawau
- nabalunews
- Aug 14
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
TAWAU, 14 Ogos – Polis Tawau menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes merusuh yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun cedera di bahagian kening, manakala sepupunya juga turut mengalami kecederaan dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Imam Galundang, Tanjung Batu Keramat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Rosdi Mat Jusoh, dalam kenyataan media memaklumkan bahawa tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek telah dilaksanakan oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana disyaki merusuh dengan membawa senjata atau barang berbahaya, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.
Dalam pada itu, semakan rekod mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau, manakala tiada sebarang rampasan harta benda direkodkan sepanjang operasi tangkapan dijalankan.















Comments