top of page

Tiga Lelaki Ditahan, Positif Dadah Dalam Ops Curi Kabel Kota Marudu

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


8 Mac 2026


KOTA MARUDU: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga orang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Kampung Tagas, Kota Marudu.


Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.


Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin, kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 25 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Marudu pada jam lebih kurang 10.30 pagi.


"Serbuan ini dilakukan hasil daripada maklumat orang awam yang melihat perbuatan ketiga-tiga suspek sedang membakar kabel di lokasi kejadian. Hasil ujian air kencing yang dijalankan kemudiannya mendapati mereka positif dadah jenis Metamphetamine dan Amphetamine," katanya.


Tambah beliau, susulan tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas longgokan kabel yang telah dibakar serta sebuah kereta Proton Iswara yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melancarkan kegiatan tersebut.


Ketiga-tiga suspek yang berasal dari Kampung Bengkongan dan Kampung Ranau, Kota Marudu ini juga dikenal pasti mempunyai rekod kesalahan lampau. Mereka kini ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


Sehubungan itu, Superintenden Simiun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan dalam membantu pihak polis menangani jenayah. Beliau turut menggesa masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah kepada PDRM Kota Marudu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page