top of page

Tiga lelaki termasuk dua warga Filipina ditahan dalam operasi dadah berasingan di Semporna

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie StanleycDGuns


31 Mac 2026


SEMPORNA: Polis Daerah Semporna menahan tiga lelaki, terdiri daripada dua warga Filipina dan seorang warga tempatan, dalam beberapa operasi berasingan membabitkan kes dadah jenis syabu baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah mengesahkan bahawa tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang memiliki 0.09 gram syabu, manakala tangkapan kedua membabitkan seorang lagi lelaki tempatan berusia 24 tahun dengan 0.23 gram dadah yang sama.


Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Dalam operasi berasingan, seorang lelaki warga Filipina berusia 34 tahun ditahan setelah memiliki 5.91 gram syabu yang disimpan di dalam kotak rokok. Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali, jika sabit kesalahan.


Superintenden Tan Hiap Wah menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Katanya, pihaknya akan mempergiatkan operasi dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi bagi membanteras kegiatan jenayah dadah sepenuhnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page