top of page

Tiga lokasi BRR di Sabah sediakan makanan berbuka puasa

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 3, 2023
  • 1 min read

3 April 2023

By Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sepanjang bulan Ramadan, tiga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) telah dibuka di Kota Kinabalu, Putatan dan Tawau untuk memberi pilihan makanan berbuka puasa yang murah dan berkualiti kepada masyarakat.


Menurut Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas, BRR adalah satu inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menggalakkan peniaga menyediakan Menu Rahmah yang seimbang dan pelbagai.


“BRR ini adalah hasil kerjasama strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau swasta tanpa melibatkan kos kerajaan.


“Antara kriteria BRR adalah peniaga menawarkan Menu Rahmah, lokasi yang popular, dan kadar sewa Rahmah yang berpatutan mengikut lokaliti,” katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, tiga lokasi yang terpilih untuk BRR adalah BRR Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu; BRR Hadapan Sabindo Plaza, Tawau; dan BRR Juara Sport Arena Ketiau.


Selain itu, katanya, KPDN Sabah juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-wallet (Touch ‘n Go & Boost) untuk memberi insentif e-tunai bernilai RM20 kepada 6,000 pengguna/pengunjung terawal di setiap lokasi BRR pada tarikh-tarikh tertentu seperti berikut:


Jelas Georgie, inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) yang menyasar peniaga kecil untuk melibatkan diri dalam perniagaan digital dengan menggunakan pembayaran tanpa tunai (Cashless).


“Inisiatif ini juga selaras dengan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-12 bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga meningkatkan pendapatan mereka terutamanya pada musim perayaan ini,” katanya.


Katanya, KPDN Sabah telah melaksanakan Program Advokasi Kepenggunaan di ketiga-tiga BRR dengan mengadakan Kuiz Kepenggunaan dan mengedarkan risalah kepada pengunjung bazar.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page