top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga orang terima sumbangan khas Ewon di Kg Terintidon

28 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Hujan tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan Program Turun Padang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan bantuan di Kampung Terintidon.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan sumbangan khas kepada tiga penerima yang terdiri daripada orang kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Ewon bergambar bersama team Kelab Kebajikan Kadamaian yang menyertai program turun padang.

Penyampaian bantuan katil boleh laras, bakul makanan dan keperluan khas dijayakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Kadamaian.


Sebelum itu Ewon menyampaikan jentera penuai padi sawah kepada petani sawah di Kampung Tombotuon, kemudiannya menyantuni beberapa penduduk kampung di Pejabat Adun Kadamaian.

Pada sebelah pagi beliau menghadiri persidangan dewan undangan negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri, di Kota Kinabalu.


bottom of page