top of page

Tiga pasangan dicekup berkhalwat

  • nabalunews
  • Aug 31
  • 1 min read

ree

31 Ogos 2025


LAHAD DATU: Kondom, Tisu Super Magic dan cecair pelincir adalah antara barangan yang ditemui bersama tiga pasangan yang ditangkap khalwat dalam Operasi Bersepadu di daerah ini, tengah malam tadi.


Malah dalam operasi bermula jam 9 malam itu, salah satu pasangan yang ditahan adalah melibatkan seorang lelaki berstatus suami dan kekasihnya yang juga seorang janda.


Serbuan dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

ree

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Ariffin berkata, operasi bersepadu melibatkan pemeriksaan terhadap 10 hotel di sekitar bandar Lahad Datu.


“Pemeriksaan yang membawa kepada penahanan tiga pasangan berkenaan melibatkan keseluruhan sebanyak 60 bilik.


“Dalam operasi berkenaan, beberapa barangan antaranya kondom, tisu magik dan cecair pelincir turut ditemui dan dirampas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Mardi berkata, semua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 84 (Khalwat) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah No 3/1995.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

ree

“Bagi pesalah wanita, mereka juga berdepan kemungkinan ditempatkan di rumah kebajikan sehingga tiga tahun,”katanya.


Sehubungan itu, Mardi menasihatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan zina dan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah syariah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page