top of page

Tiga Pengedar Dadah Ditahan

  • nabalunews
  • Apr 30
  • 1 min read


30 April 2025


PENAMPANG: Tiga pengedar dadah termasuk seorang remaja ditahan bersama pelbagai jenis dalam operasi di daerah ini, tengah malam tadi.


Dalam operasi jam 12.15 tengah malam itu, ketiga-tiga lelaki berusia 18 hingga 38 tahun itu ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM3,300.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Katanya, sebaik ditahan, pasukan operasi berjaya menemui tiga paket dan 15 pil berlainan warna disyaki dadah jenis ekstasi seberat 121.60 gram.


“Pemeriksaan lanjut turut menemui dua paket plastik berisi dadah jenis ketamin dengan berat kasar 5 gram.


“Semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM3,300 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, hasil ujian saringsn air kencing mendapati ketiga-tiga suspek turut positif dadah jenis ketamin.


Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 12 sebatan.


“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 dan Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.


Sehubungan itu, Sammy menasihati masyarakat supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.


Katanya, orang ramai juga diminta untuk terus membantu dengan menjadi kata dan telinga polis dalam menyalurkan maklumat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page