top of page

Tiga Pengedar Dadah Ditahan

  • nabalunews
  • Feb 7
  • 1 min read

7 Februari 2026


LAHAD DATU: Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah berjaya ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah ini, semalam.


Tangkapan itu dilakukan susulan rampasan serbuk disyaki ketum seberat 25 kilogram dan dadah jenis syabu seberat 18.84 gram.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lahad Datu itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis.

Menurutnya, tindakan itu bertujuan membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.


“Dalam operasi pertama, polis menahan dua lelaki dalam satu operasi khas di Jalan Reno Fajar, jam 11.10 pagi, selepas menahan sebuah Perodua Myvi di hadapan sebuah premis perkhidmatan kurier hasil maklumat risikan.


“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui satu karung guni mengandungi 25 paket plastik lutsinar disyaki berisi serbuk ketum dengan anggaran berat keseluruhan 25,000 gram, bernilai kira-kira RM2,125.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, dalam operasi kedua pula, polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas syabu seberat 18.84 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Cempaka, kira-kira jam 4 petang, pada hari sama.


“Hasil pemeriksaan menemui lima paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bagi siasatan lanjut,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page