Tiga pengusaha pelancongan luar bandar Sabah terima Anugerah Asean Tourism Standard
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga pengusaha pelancongan luar bandar Sabah terima Anugerah Asean Tourism Standard

Joniston (tiga kanan) bersama wakil penerima anugerah tersebut.

6 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga pengusaha pelancongan luar bandar di Sabah telah menerima anugerah Anugerah Asean Tourism Standard 2023-2025 pada Forum Pelancongan Asean di Yogyakarta, Indonesia, semalam.


Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean diberikan kepada Padas Farmstay dan Mari-Mari Cultural Village manakala Homestay Taun Gusi menerima anugerah Asean Homestay Standard.


Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai turut menzahirkan rasa gembira ke atas kejayaan dan pengiktirafan ketiga-tiga pengusaha pelancongan luar bandar tersebut.


“Saya mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah kerana dapat mengekalkan tahap tertinggi kualiti produk dan perkhidmatan mereka walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.


"Pentauliahan tiga produk pelancongan luar bandar Sabah merupakan rangsangan besar kepada profil antarabangsa tawaran pelancongan luar bandar Sabah," katanya ketika mengetuai delegasi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di forum pelancongan tersebut.


Joniston yang juga pengerusi STB berkata, anugerah itu merupakan petanda baik bagi misi Pelancongan Sabah untuk membantu kawasan luar bandar dan komuniti berkembang maju dalam bidang pelancongan.


"Semoga ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meningkatkan tahap dan bekerjasama untuk menjadikan kawasan luar bandar kita sebagai destinasi bertaraf dunia menjelang 2030," katanya.


Dalam forum tersebut, Pengarah Urusan Padas Farmstay Tham Yau Kong, pengurus pangkalan Mari-Mari Cultural Village Jeremiah Jamson dan penyelaras Homestay Taun Gusi Ismail Muile telah menerima anugerah tersebut.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page