TIGA PKRC BAHARU DIBUKA DI SABAH: MASIDI
- nabalunews
- Nov 9, 2020
- 1 min read

9 Nov 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Tiga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid Berisiko Rendah (PKRC) baharu dibuka di Sabah, masing-masing di Kota Kinabalu, Tuaran dan Tenom.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, PKRC baharu di Kota Kinabalu terletak di Kompleks Penjara Kepayan (khas untuk banduan) yang mempunyai kapasiti 120 katil.
“Manakala, PKRC di Tuaran pula terletak di Dewan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang boleh memuatkan 60 katil.
“Bagi Daerah Tenom, ia terletak di Dewan Masyarakat Tenom yang boleh memuatkan 48 katil,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau keperluan pembukaan PKRC yang baharu.
“Pengisian petugas kesihatan di PKRC yang baharu akan dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui mobilisasi sumber manusia ke negeri ini,”katanya.
Beliau berharap, pembukaan PKRC baharu itu dapat menampung pertambahan pesakit di daerah-daerah terlibat.
“Secara keseluruhannya, Sabah mempunyai 34 buah PKRC iaitu 20 buah di Bahagian Pantai Barat dan 14 buah lagi di Bahagian Pantai Timur Sabah,” katanya.















Comments