Tiga Positif Syabu Selepas Ops Tapis di Bokara
- nabalunews
- 6 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
5 April 2026
SANDAKAN: Seramai tiga lelaki disyaki penagih dadah ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan di sekitar Kampung Bokara, Sandakan, malam semalam. Kesemua suspek didapati positif Methamphetamine (syabu) selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Dalam operasi yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 8.00 malam itu, seorang lelaki ditahan di lokasi kerana disyaki penagih di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala seorang lagi lelaki ditahan atas kesalahan disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.
Pada hari yang sama, BSJND turut menahan seorang lelaki lain atas kesalahan berasingan dan dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian air kencing.

Keputusan ujian saringan awal polis terhadap ketiga-tiga suspek yang dijalankan di Pejabat BSJND IPD Sandakan adalah positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).
Operasi ini dilaksanakan selaras dengan tekad Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman dalam membanteras jenayah dadah di daerah Sandakan.















Comments