top of page

Timbalan menteri baharu diingatkan pelihara hubungan dengan semua pihak

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

ree

18 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua timbalan menteri yang baru dilantik supaya terus memelihara hubungan baik dengan pelbagai pihak termasuk pada peringkat kementerian, agensi dan seluruh lapisan masyarakat.


Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata amanah dan tanggungjawab yang dipikul mereka perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberikan manfaat nyata kepada rakyat.


“Peri pentingnya, aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan timbalan-timbalan menteri yang baharu di Putrajaya, hari ini.


Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran.


Selain pertukaran portfolio menteri sedia ada, ia antara lain melibatkan enam timbalan menteri dan satu muka baharu yang diangkat sebagai menteri penuh.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page