top of page

Tindakan Segera Bantu Mangsa Banjir

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


PAITAN: Penduduk di kawasan terjejas banjir di kawasan Paitan akan terus mendapat akses komunikasi dan bantuan yang sewajarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib berkata, usahakan berkenaan akan diselaraskan bersama agensi berkaitan bagi memastikan segala keperluan dapat disalurkan segera.


Katanya, banjir kali ini disifatkan sebagai antara yang terbesar dalam sejarah kawasan Sugut, melibatkan sebanyak 87 kampung.

“Setakat ini, sebanyak 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 250 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah keseluruhan kira-kira 700 mangsa yang terjejas.


“Sebahagian besar kampung terputus hubungan sama ada melalui jalan darat mahupun rangkaian komunikasi.


“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Sabah Net Sdn Bhd (Sabah Net) untuk menyelaras dan mempercepatkan pemasangan kemudahan internet satelit Starlink di kampung-kampung yang terputus jaringan komunikasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ia bagi memastikan penduduk dapat berhubung dengan pihak berkuasa serta ahli keluarga, di samping melancarkan penyelarasan bantuan.


Sementara itu, James yang juga Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, kerajaan turut membekalkan perahu dan enjin sangkut bagi kegunaan operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS serta mempercepatkan usaha menyelamat di kawasan yang dinaiki air.


Katanya, langkah penyediaan kemudahan komunikasi dan aset logistik itu amat penting dalam memastikan keselamatan penduduk terjamin serta operasi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan tersusun.


“Kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan semua mangsa yang terjejas menerima bantuan yang sewajarnya sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page