top of page

TINDAKAN TEGAS TERHADAP KES PENGUSIKAN PEPASANGAN METER

  • nabalunews
  • Feb 27
  • 1 min read

27 Februari 2025


KOTA KINABALU: Sabah Electricity akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pengguna yang masih terlibat dengan kes pengusikan pepasangan meter elektrik.


Ketua Pegawai Operasi, Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, sepanjang tahun lalu, sebanyak 3,095 kes pengusikan pepasangan meter elektrik berjaya dikesan.


Katanya, ia melibatkan semua kategori yang terdiri daripada pengguna domestik, komersil dan industri.

“Sebanyak 69 operasi bersepadu telahpun dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama-sama dengan agensi penguatkuasa lain seperti Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Dan setakat bulan Februari tahun ini, pihak ECoS telahpun membawa sembilan kes ke mahkamah untuk proses pendakwaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohd Yusmanizam berkata, operasi pemeriksaan terbaru dilaksanakan pada 24 dan 25 Februari lalu hasil kerjasama Sabah Electricity dan ECoS.


Katanya, sepanjang operasi berkenaan, sebanyak lima premis sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran dikesan dan disyaki mengusik pepasangan meter elektrik.


“Oleh itu, Sabah Electricity akan membuat tuntutan semula ke atas kerugian hasil sepertimana yang telah diperuntukkan di mahkamah.

“Kes pengusikan meter adalah menjadi kesalahan serius dan pelaku yang terlibat boleh didakwa mengikut Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page