Tinjauan PPM Dan CDO ke Rumah Mangsa Ribut
- nabalunews
- Sep 21
- 1 min read

21 September 2025
KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Watis dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Juin Kolod bersama beberapa staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat dari Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian telah mengadakan tinjauan ke atas rumah seorang penduduk yang terjejas akibat bencana ribut baru-baru ini di Kampung Bundu Paka.
Lawatan tersebut mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian. Tinjauan bertujuan menilai kerosakan yang dialami oleh Barahim Sarinon, pemilik rumah yang atapnya rosak teruk dalam kejadian angin kencang yang melanda bulan lalu.
Turut mengiringi lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bundu Paka, Mujin Soborong, yang memaklumkan tentang keperluan bantuan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan keluarga terbabit.

Sebelum itu, rombongan turut menghadiri jemputan sempena sambutan Jubli Emas ke-51 Gereja SIB Bundu Paka (1974–2025) yang telah disempurnakan oleh Ketua Kawasan Taginambur, Rev. Phool Tampisal. Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu turut dihadiri komuniti setempat dan berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran.


















Comments