top of page

TLDM nafi dakwaan ketegangan antara Tentera Laut Filipina

  • nabalunews
  • Aug 14, 2025
  • 1 min read

14 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan dakwaan mengenai ketegangan antara pasukan keselamatan itu dengan Tentera Laut Filipina seperti yang tular menerusi sebuah video berdurasi 12 minit 51 saat di YouTube.


TLDM dalam kenyataan hari ini menegaskan, tiada insiden seperti yang digambarkan dalam video berkenaan, malah dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.


Menurut TLDM, penyebaran video berkenaan jelas bertujuan mencemarkan hubungan diplomatik pertahanan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Filipina.

“Penyebaran maklumat palsu ini berpotensi mencetuskan kontroversi, merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan TLDM khususnya dalam menjaga kedaulatan perairan negara.


“Sebaran maklumat palsu seperti ini boleh menggugat keamanan dan kestabilan di rantau ini serta dilihat menyumbang kepada agenda politik atau strategik tertentu,” menurut kenyataan itu.


TLDM turut menegaskan komitmen untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.


“Masyarakat awam diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan demi menjamin keamanan sejagat,” tambah kenyataan itu.

 
 
 

1 Comment


Lumos SEO
Lumos SEO
Aug 15, 2025

File Court Documents Easily with Zayavlenie v Sud

Zayavlenie v Sud streamlines your legal process, allowing you to prepare and submit court documents online in one click, no lawyer required. Our user-friendly platform ensures accuracy and saves time for claims, petitions, and more. Trusted across Russia, start your hassle-free filing at zayavlenie-v-sud.ru today!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page