top of page

TOKAN Dadah Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM5,500

  • nabalunews
  • 8 minutes ago
  • 1 min read

ree

16 November 2025


TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di kawasan Merotai.


Lelaki berusia 30-an itu ditahan bersama dadah jenis syabu bernilai RM5,500 dalam serbuan di kawasan perkampungan Batu 4, Jalan Apas, di sini, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berjaya diberkas hasil risikan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Tawau yang mengesan pergerakannya sejak beberapa minggu lalu.


Katanya, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek nekad melarikan diri sehingga melanggar kenderaan polis namun berjaya dipintas dan ditahan oleh anggota di lokasi.


“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sebuah beg tangan mengandungi 11 paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 54.40 gram dengan nilai anggaran berjumlah RM5,500.


“Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap positif dadah jenis methamphetamine dan Amphetamine.


Sementara itu, Jasmin berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek merupakan salah seorang tokan yang bergiat aktif di sekitar kawasan kampung Merotai.


Sehubungan itu, Jasmin berkata, suspek direman mulai esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sehubungan itu, Jasmin menasihati orang ramai agar menjauhi sebarang penglibatan dengan najis dadah dan segera menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran agar daerah Tawau kekal selamat daripada ancaman dadah.

ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page