Tuguson Pilih Pengerusi JKKK Baharu untuk Penggal 2026-2030
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

7 Februari 2026
KOTA BELUD: Kampung Tuguson, Kota Belud telah melaksanakan pemilihan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) semalam, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Wellter Sarudin telah muncul sebagai pemenang dan akan memegang jawatan Pengerusi JKKK bagi penggal 2026-2030.
Proses pengundian itu diselia oleh Joel Ewel Deukin, Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, yang bertindak sebagai ketua penyelaras. Beliau dibantu oleh Pemaju Mukim, Hadlee Panchai.

Hadlee menegaskan kepada komuniti bahawa proses pengundian telah tamat dan kini tumpuan perlu diberikan kepada pembangunan kampung. Beliau menggesa semua pihak untuk bersatu hati dalam membangunkan kampung.
Pemilihan ini turut menunjukkan keinginan majoriti komuniti Kampung Tuguson untuk diwakili oleh pemimpin yang lebih muda.
Wellter, yang juga merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) cawangan Kampung Tuguson, mengucapkan terima kasih kepada komuniti sejurus selepas program berakhir atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) UPPM Kadamaian, Fandhy Rajin, yang mengucapkan tahniah kepada komuniti Tuguson dan pengerusi JKKK yang baharu.














