top of page

Tujuh Kakitangan KKM Selamat Dalam Kemalangan Jalan Raya

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

24 Mei 2025


TENOM: Tujuh kakitangan bahagian pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki berlanggar dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Mamaitom, di sini, pagi tadi.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, van KKM berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menjalankan program rawatan pergigian di kawasan pedalaman.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mudi Pengira berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi sebelum sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah van klinik pergigian bergerak KKM dan lori 10 tan dengan lapan mangsa terbabit.


"Seorang mangsa yang berada di dalam lori dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa iaitu pemandu lori yang trauma kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Manakala mangsa lain termasuk pemandu lori tidak mengalami kecederaan.


"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.19 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di kawasan kejadian," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page