top of page

Tujuh Penagih Berhibur Ditahan

  • nabalunews
  • Oct 5
  • 1 min read

ree

5 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Tujuh pengunjung ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penampang Baru, di sini, awal pagi tadi.


Dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu, seramai 214 individu diperiksa oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.


Operasi khas berkenaan dilancarkan dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di pusat hiburan sekitar kawasan berkenaan.

ree

Ketua JSJN IPK Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, sepanjang serbuan berkenaan, seramai 122 lelaki dan 92 wanita berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun diperiksa.


Katanya, hasil pemeriksaan air kencing mendapati tujuh individu melibatkan empat lelaki dan tiga wanita positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine, Ketamin dan Benzo.


"Selain itu, seorang lagi individu ditahan kerana memiliki dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ree

“Polis turut menemui beberapa jenis dadah disyaki digunakan pengunjung, termasuk pil ekstasi seberat 0.75 gram, ‘juice’ ekstasi 14.56 gram dan serbuk ketamin 1.45 gram," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, nilai keseluruhan dadah yang berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM1,050.


Sementara itu, Alhusin menegaskan JSJN Sabah akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu bagi memastikan pusat hiburan tidak menjadi lokasi penyalahgunaan dadah.

ree

Katanya, kegiatan pengedaran dadah di pusat berkenaan boleh menggugat ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page