top of page

‘TUKAR-TUKAR BAJU SEKOLAH’ BERI PELUANG IBU BAPA MENDERMA

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 13, 2021
  • 1 min read


13 Jan 2021

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


KOTA KINABALU: Sesi persekolahan sepanjang tahun lalu yang lebih tertumpu sepenuhnya di rumah dan dilaksanakan secara atas talian mencetuskan idea buat seorang individu mengadakan aktiviti ‘Tukar-Tukar Baju Sekolah’.


Peniaga atas talian (online), Ujye Rohimin berkata, aktiviti ini adalah untuk membolehkan dan memberi peluang kepada ibu bapa menderma atau bertukar baju sekolah yang tidak diperlukan kepada pihak memerlukan khususnya di Sabah.


“Seperti mana yang kita tahu, tahun lalu anak-anak kita hanya beberapa bulan sahaja datang kesekolah dan selebihnya belajar di rumah secara online dan sudah pasti ada baju mahupun seluar sekolah yang tidak muat saiz mereka.


“Justeru itu, adalah lebih baik kita menderma atau bertukar-tukar keperluan sekolah dengan mereka yang memerlukan berbanding dibuang begitu sahaja dan ini mampu menjimatkan beban kewangan ibu bapa terlibat,”katanya ketika dihubungi Nabalu News disini hari ini.


Katanya, idea bagi melaksanakan aktiviti ini tercetus apabila seorang rakannya di Semenanjung mengadakan aktiviti yang diberi nama ‘Let Go Barang/Baju Sekolah 2021’ melalui aplikasi Telegram.


“Bila saya lihat ramai yang berminat untuk bertukar keperluan sekolah, saya membuka sebuah kumpulan (Group) Facebook yang dinamakan Tukar Tukar Baju Sekolah (Sabah) pada penghujung Disember lalu.


“Ini bagi membolehkan ibu bapa khususnya di Sabah lebih mudah berurusan. Syukur sehingga kini, reaksi yang diterima adalah sangat positif,”katanya.


Kumpulan laman Facebook berkenaan sudah mempunyai ahli seramai lebih 400 orang dari sekitar negeri Sabah manakala aktiviti berkenaan lebih terhad kepada baju sekolah, baju uniform, peralatan sekolah seperti beg, kasut dan lain-lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page