top of page

Tular Surat Shafie Setuju Serah Autonomi Sabah Kepada Persekutuan Semasa Menjawat Ketua Menteri

  • nabalunews
  • 17 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 November 2025


KOTA KINABALU: Rakyat mempersoalkan sama ada slogan “Selamatkan Sabah” yang digunakan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) boleh diterima pakai selepas tular surat rasmi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa menjawat Ketua Menteri Sabah.


Dalam surat bertarikh 19 Oktober 2018 itu, Shafie menyerahkan sebahagian kuasa negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 melibatkan urusan tanah dan tapak warisan Sabah.


Menurut sumber, keputusan kerajaan negeri ketika itu berlaku di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang bersetuju untuk menerima Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).


Katanya, ia mengundang campur tangan Persekutuan dalam urusan tanah dan tapak warisan Sabah.


“Surat rasmi bertandatangan Ketua Menteri pada ketika itu menyatakan persetujuan beberapa lokasi di Sabah dijadikan tapak warisan di bawah akta tersebut.


“Ini merupakan tindakan yang secara jelas membuka pintu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mencampuri urusan negeri,” katanya.


Menurutnya, tindakan itu jelas bukanlah langkah penyelamatan sebaliknya permulaan penyerahan kuasa Sabah.


“Parti Warisan yang menggunakan slogan “Selamatkan Sabah” perlu terlebih dahulu konsisten dalam mempertahankan autonomi negeri, bukan menggadaikannya atas alasan kerjasama Persekutuan atau program pembangunan.


“Sabah tidak memerlukan slogan baharu sebaliknya memerlukan kepimpinan yang tegas menolak segala bentuk campur tangan halus yang menjejaskan hak negeri termasuk yang berselindung di sebalik nama warisan, projek atau kerjasama pusat,” katanya.


Menurutnya, rakyat sentiasa bersedia untuk menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan hak Sabah di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.


“Pengundi perlu memilih wakil rakyat yang boleh memastikan suara Sabah lebih lantang di peringkat kerajaan persekutuan yang benar-benar bebas dan tidak terikat kepentingan luar,”katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page