top of page

Tun Musa Berangkat Ke Brunei Darussalam

  • nabalunews
  • Jul 14
  • 1 min read

14 Julai 2026


KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berangkat ke Brunei Darussalam bagi menghadiri majlis ulang tahun Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.


Pesawat khas yang membawa Tun Musa dan Toh Puan Faridah berlepas pada jam 10:45 pagi melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), pada Selasa.



Turut berangkat sama ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bersama isteri, Datin Lenny Natasha Musa.


Hadir mengucapkan selamat jalan ialah Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar./Penerangan-

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page