top of page

Tun Musa hadiri majlis berbuka puasa bersama warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

14 Mac 2026


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga 5 Divisyen Kem Lok Kawi di sini, pada Jumaat.


Keberangkatan tiba Tun Musa pada 6 petang yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag serta Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar.


Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Leftenen Kolonel, Afif Farhan Hasbullah yang menyentuh mengenai amalan-amalan pada 10 malam terakhir Ramadan sebelum memimpin bacaan doa berbuka puasa

Selesai berbuka puasa, Tun Musa diiringi Hajiji menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi.


Hadir sama, Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Keramat Shah Alfie Yahya Ahmad Shah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page