top of page

Tun Musa selamat tiba di Kota Kinabalu

  • nabalunews
  • Mar 4
  • 1 min read

4 Mac 2026


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman selamat tiba di Kota Kinabalu selepas mengadakan lawatan rasmi ke Sandakan selama dua hari, berakhir hari ini.


Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin menaiki pesawat khas tiba pada 1.28 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).


Selain menghadiri Majlis Perasmian Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan dan Iftar Perdana UMS 2026 pada Selasa, Tun Musa juga melawat tapak pembinaan Pusat Islam Sandakan sebelum berangkat pulang ke Kota Kinabalu.

Ketibaan Tun Musa dan Toh Puan Faridah disambut Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Abdul Kadin Tang bersama pegawai-pegawai jabatan persekutuan dan negeri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page