Tuntut Kenderaan Dalam Tempoh 3 Bulan, Kegagalan Menyebabkan Pelupusan
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
13 April 2026
KOTA KINABALU: Pihak polis memberi amaran bahawa pemilik sebuah kenderaan Perodua Axia hitam bernombor pendaftaran SJW 360 hanya mempunyai tempoh tiga bulan untuk menuntut kenderaannya, jika gagal, tindakan pelupusan akan diambil mengikut undang-undang.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu melalui kenyataan rasmi memaklumkan bahawa kenderaan berkenaan kini dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Pemilik, iaitu DG. Nurizzati Binti Sapili, diminta hadir ke pejabat tersebut dengan membawa dokumen pengenalan diri dan dokumen pemilikan kenderaan yang sah secepat mungkin.
Tempoh tuntutan adalah terhad kepada tiga (3) bulan dari tarikh pemakluman ini. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan pihak polis mengambil tindakan lanjut, termasuk memohon perintah mahkamah untuk melupuskan kenderaan tersebut.
Sebelum ini, kenderaan berkenaan disita semula siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Kes Curi) berkaitan laporan Menggatal/2898/2022. Pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu telah berjaya menyelesaikan kes tersebut.
Alamat terakhir pemilik kenderaan adalah di ABID 7-4-4, Perumahan Kastam, 88450 Kota Kinabalu. Gambar kenderaan turut dilampirkan untuk rujukan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Kinabalu.















Comments