top of page

TYT, KM hadir Majlis Silaturahim Hari Raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read

4 April 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M di Wisma Indonesia, pada Sabtu.


Keberangkatan tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin dan Hajiji bersama isteri, disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi dan isteri.


Majlis diteruskan dengan jamuan makan, diiringi dengan persembahan nyanyian, yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dengan menghimpunkan pelbagai lapisan tetamu jemputan.


Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim Haji M.Yahya dan Timbalannya, Datuk Al Hambra Tun Juhar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page