top of page

TYT Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • May 21, 2025
  • 1 min read

21 Mei 2025


KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan, Tun Ahmadshah Abdullah, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 8.45 malam ini.


Berita pemergian Allahyarham disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi.


"Adalah dimaklumkan bahawa Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam, hari Selasa iaitu 20 Mei 2025, bersamaan dengan 23 Zulkaedah 1446 Hijrah,” katanya.


Berikutan itu, katanya, bendera negeri dikibarkan separuh tiang hari ini sebagai tanda penghormatan terhadap Allahyarham Tun Ahmadshah.


Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.


“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga saya, kami menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.


“Jasa dan pengorbanan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh rakyat Sabah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.


Tun Ahmadshah dilahirkan pada 9 Disember 1946 dan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page