U11 Biah Attackers Muncul Juara Peringkat Kebangsaan
- nabalunews
- 21 minutes ago
- 2 min read

27 Oktober 2025
SANDAKAN: Pasukan Ragbi U11 Biah Attackers (SK Kampong Biah Keningau) Rangkul Kejuaraan dalam Karnival Ragbi Kara7s Peringkat Kebangsaan di padang ERC Club, Sandakan yang berlangsung pada 17-19 Oktober.
Guru besar SK Kampong Biah, Usrah Abd Wahid berkata, kejayaan cemerlang itu merupakan hasil latihan berterusan, komitmen dan dedikasi daripada pelbagai pihak.
Katanya, ia termasuk hasil usaha Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau menerusi Unit Sukan dan Sektor Pengurusan Murid (SPM) yang giat membangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.
Bagi Ketua Jurulatih, Rozy Yanty C Madis berkata, kejayaan itu membuktikan hasil kesungguhan semasa latihan intensif, disiplin tinggi serta semangat juang yang ditanam sejak awal lagi.
“Diharapkan kejayaan ini dapat membuka ruang lebih luas kepada penglibatan murid sekolah rendah dalam sukan ragbi.
“Ia juga sekaligus mencungkil lebih banyak bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan," katanya.
Sementara itu, sebanyak 16 pasukan dari dalam dan luar negeri mengambil bahagian dalam kejohanan ini, antaranya dari Keningau, Sandakan, Beluran, Putrajaya.
Kehadiran pasukan-pasukan dari pelbagai negeri membuktikan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di negara ini.
Pengurusan pasukan ragbi U11 Biah Attackers diketuai pengurus kontinjen Usrah Abdul Wahid, timbalan pengurus kontinjen Zarina Zainon, pengurus dokumen Nor Ain Zahidah Jefferdin, pengurus kebajikan Ailly M. George, Yemima Eting, Imerlleyn Rippin dan Nur Alinah Muloi.
Manakala bagi barisaan kejurulatihan pula diketuai Rozy Yanty C Madis, penolong jurulatih Jerome Yabai dan Jalius Yabai yang turut diberikan penghargaan atas usaha gigih melatih dan membimbing murid-murid sehingga berjaya menjadi juara.
Pasukan Ragbi U11 Biah Attackers menampilkan pemain-pemain yang terdiri daripada Jarino Kelvin Jalius (Kapten), Amirul Hadi Christopher, Danil Arthur Lawrence, Ervandy Edward, Rexlee Rommy, Muhd. Jefino Jairin, Riconell Celestin, Stenly Aleyarez Bosseely, Edward Bryan Rufinus, Amiinullah Jainuddin dan Muhd. Hazim Jazil.


















Comments