top of page

Ugut Bapa Dengan Parang Kerana Gitar

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

ree

31 Julai 2025


LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 41 tahun sanggup mengugut bapa kandung menggunakan parang selepas tidak berpuas hati kerana gitar miliknya dipinjamkan kepada sepupu.


Dalam kejadian jam 6.15 petang di Kampung Jawa, Jalan Segama, di sini, kelmarin, lelaki terbabit turut bertindak agresif terhadap warga emas berusia 75 tahun itu selepas gagal mengawal kemarahan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, susulan laporan diterima, polis menjalankan Op Cantas pada jam 11 malam hari sama untuk menahan suspek.


Katanya, pasukan operasi turut berjaya merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.


"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,.


“Selain itu, siasatan turut mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page