top of page

Ugut ibu sendiri

  • nabalunews
  • Feb 22, 2025
  • 1 min read

22 Februari 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas bertindak agresif sehingga mengugut ibu sendiri dalam kejadian di Kampung Saddani, Batu 2, Jalan Apas, di sini, Rabu lalu.


Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, lelaki berusia 33 tahun itu dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum mengancam mangsa.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa berusia 59 tahun yang berasa terancam terus tampil membuat laporan polis.


Katanya, mengikut laporan mangsa, suspek turut bertindak menumbuk dinding rumahnya sebelum mencapai sebilah parang.


“Suspek kemudiannya mengancam mangsa yang juga ibunya sendiri dengan kata-kata ugutan.


“Bertindak atas laporan diterima, suspek berjaya ditahan pada jam 3.40 petang polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.


Sehubungan itu, Jasmin menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kejadian jenayah.


Katanya, ia bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini terjamin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page