top of page

Ukoh Hadiri Mesyuarat Penyelarasan Tamu Desa Kampung Sumbilingon

  • nabalunews
  • Apr 15
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


15 April 2026


KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.11 Kadamaian, Ukoh @ Jeremmy Malajad, telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan berkaitan Tamu Desa Kampung Sumbilingon yang berlangsung di Pejabat Daerah Kota Belud, hari ini.


Kehadiran beliau adalah bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan penyelarasan pelaksanaan Tamu Desa yang terlibat dalam jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo, khususnya yang memberi impak kepada komuniti setempat di Kampung Sumbilingon.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada langkah-langkah mitigasi serta usaha memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi penduduk tidak terjejas.


Sejurus selepas mesyuarat, Ukoh bersama Pegawai Daerah serta ahli-ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan lapangan ke Kampung Sumbilingon bagi meninjau sendiri isu-isu yang dibangkitkan.


Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan semasa serta keperluan sebenar penduduk kampung.

Beliau berkata, pendekatan turun padang amat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat selaras dengan situasi di lapangan.


Usaha bersepadu antara pihak kerajaan dan komuniti setempat diharap dapat memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat optimum kepada semua pihak.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page