top of page

UMS Perkasa Pembangunan Bakat Melalui Pelaksanaan Program SLDN

  • nabalunews
  • 31 minutes ago
  • 2 min read

Luqman Ridha menyampaikan cenderahati kepada Juneideh Amin
Luqman Ridha menyampaikan cenderahati kepada Juneideh Amin

30 Januari 2026


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kemahiran warga kerjanya menerusi pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang selari dengan keperluan semasa industri.


Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, berkata program berteraskan konsep industry-driven itu dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Latihan T-VOC dan UMS sebagai syarikat latihan, sekali gus menyokong usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompetitif.


“Pelaksanaan Program SLDN ini menumpukan kepada pembangunan pekerja berpengetahuan atau K-Workers yang memiliki kompetensi teknikal, sosial dan kemanusiaan, serta metodologi dan pembelajaran.

Luqman Ridha merakamkan gambar bersama penerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap SKM Tahap 3 (Pentadbiran Pejabat) SLDN
Luqman Ridha merakamkan gambar bersama penerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap SKM Tahap 3 (Pentadbiran Pejabat) SLDN

“Ini bagi memastikan tenaga kerja yang dihasilkan bukan sahaja mahir, malah beretika dan adaptif terhadap perubahan teknolog,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia SKM-Tahap 3 (Pentadbiran Pejabat) SLDN, di sini.


Beliau menambah UMS telah diiktiraf sebagai pusat bertauliah SLDN pada 15 Mac 2024 dengan kapasiti seramai 100 peserta.

Luqman Ridha ketika menyampaikan ucapan
Luqman Ridha ketika menyampaikan ucapan

“Bagi ambilan pertama, seramai 25 kakitangan telah diluluskan, manakala baki kuota boleh diisi sehingga 14 Mac 2027.


“Program yang dilaksanakan sepanjang 15 bulan ini merangkumi tujuh modul latihan yang mengintegrasikan pembelajaran teori dan latihan amali di tempat kerja.


“Ini melibatkan 25 perantis daripada empat jabatan utama universiti, iaitu Bahagian Perkhidmatan Akademik, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta Bahagian Pentadbiran dan Governan yang terdiri daripada gred N1 hingga N2, serta dibimbing oleh

coach berkelayakan gred N3 bagi memastikan pemantauan dan

bimbingan dapat dilaksanakan secara berkesan.” katanya


Beliau turut menaruh keyakinan akan pelaksanaan SLDN di UMS mampu memberi pelbagai manfaat antaranya meningkatkan keupayaan universiti melaksanakan latihan kemahiran secara sistematik dan berstandard, membuka peluang UMS sebagai pusat latihan amali, serta memberi pengiktirafan selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.


“Di samping itu, program ini turut membuka peluang kepada warga UMS

memperoleh kemahiran TVET serta Sijil Kemahiran Malaysia yang

diiktiraf industri, sekali gus menyediakan laluan pembangunan kerjaya

dan peningkatan kebolehpasaran yang setara dengan kelayakan

akademik.


“Insentif yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran juga memberi manfaat tambahan kepada staf dan pelajar

mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.


Ujar beliau, komitmen dan usaha bersepadu Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) dalam menjayakan program SLDN itu diharap mampu menyumbang kepada pengukuhan reputasi UMS sebagai institusi yang komited menyokong agenda TVET dan pembangunan kemahiran negara.


Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah BKEPT, Kamisah Husin dan wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah dan WP Labuan, Juneideh Amin.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page