top of page

UMS Rai 440 Pelajar Tamat Program Asasi Pelbagai Bidang

  • nabalunews
  • Oct 28
  • 2 min read

ree

28 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Seramai 440 pelajar lepasan Program Asasi Sains, Asasi Teknologi Maklumat dan Asasi Agrisains diraikan dalam Majlis Tamat Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Canselor, UMS baru-baru ini.


Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kejayaan para pelajar asasi UMS itu mencerminkan usaha dan dedikasi berterusan universiti dalam melahirkan graduan yang berpengetahuan, berdaya saing serta berintegriti tinggi.


“Hari ini bukan sekadar penamat kepada perjalanan setahun di peringkat asasi, tetapi permulaan baharu kepada langkah seterusnya dalam dunia akademik.

ree

“Di samping itu, kejayaan anda adalah hasil usaha gigih, doa ibu bapa, bimbingan pensyarah, dan sokongan padu seluruh warga universiti,” katanya.


Kasim turut memaklumkan, bagi sesi akademik 2024/2025, seramai 294 pelajar telah berjaya menamatkan Program Asasi Sains, 100 pelajar Asasi Teknologi Maklumat, dan 46 pelajar Asasi Agrisains, menjadikan jumlah keseluruhan 440 pelajar.


“Program Asasi UMS merupakan laluan utama ke universiti, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan agrisains.

ree

Penawaran Asasi Agrisains buat julung kali pada tahun ini juga membuktikan komitmen UMS terhadap bidang pertanian, perhutanan dan kelestarian makanan untuk masa depan negara,” katanya.


Tambahnya lagi, kejayaan pelajar tidak hanya hasil usaha individu semata-mata, tetapi turut dipacu oleh doa ibu bapa, bimbingan pensyarah dan sokongan seluruh warga UMS.


“Saya menyeru agar pelajar sentiasa menjadikan ilmu sebagai teras, mengekalkan integriti, dan membina jaringan kerjasama sebagai asas kejayaan pada masa hadapan,” ujar beliau.


Pada majlis tersebut, turut disampaikan Anugerah Khas Naib Canselor, Anugerah Akademik dan Anugerah Kokurikulum kepada pelajar cemerlang sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri sepanjang tempoh pengajian.


Hadir sama Penasihat Undang- Undang UMS, Awang Suhaizam Bungso dan Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Prof. Madya ChM. Dr. Newati Wid.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page