top of page

UMS Siap Sedia Terima Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2025/2026

  • nabalunews
  • Sep 25
  • 1 min read

ree

25 September 2025


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia sepenuhnya menerima kemasukan pelajar baharu bagi sesi akademik 2025/2026 yang memulakan pendaftaran pada 27 dan 28 September 2025 ini.


Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj. Mansor berkata, universiti telah membuat pelbagai persiapan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran serta Minggu Suai Mesra (MSM) yang berlangsung sehingga 01 Oktober depan.


“Saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu UMS.


“Kami akan berusaha memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan semua pelajar dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam suasana kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.


Dr. Kasim turut mengingatkan agar para pelajar, ahli keluarga atau penjaga yang hadir pada hari pendaftaran dapat mematuhi peraturan dan petugas lalu lintas semasa ketibaan di kampus bagi melancarkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan.


“UMS juga telah menugaskan pasukan urus setia, sukarelawan dan Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bersedia membantu semasa proses pendaftaran dan sepanjang MSM.


“UMS sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan para pelajarnya melalui pelbagai kemudahan serta sokongan yang disediakan bagi memastikan pengalaman pembelajaran dan kehidupan kampus berjalan dengan lancar,” jelasnya lagi.


Untuk rekod, seramai 5,123 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian di UMS bagi sesi akademik kali ini.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page