top of page

UMS TERIMA 15,000 PELITUP MUKA, 8,000 PENSANITASI DARI KERAJAAN NEGERI

  • nabalunews
  • Feb 25, 2021
  • 1 min read


25 Feb 2021


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan 15,000 pelitup separuh muka dan 8,000 botol pensanitasi tangan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kerajaan Negeri.


Sumbangan disampaikan wakil JPBN, Marlinus Mark Francis kepada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS, Mohd. Jamal Atong di Pejabat Kompeks Bangunan Kerajaan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Kesemua sumbangan itu akan diedarkan kepada pelajar yang kembali meneruskan pengajian di kampus ini mulai 1 hingga 5 Mac.


Penyerahan sumbangan turut disaksikan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Razman Durhan dan Pasukan Sukarelawan Pelajar Covid-19 HEP UMS.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.


Katanya, ia akan dimanfaatkan untuk keperluan kira-kira seramai 6,395 pelajar yang akan kembali semula ke kampus.

“Sudah pasti sumbangan yang diterima dapat membantu usaha universiti mengekang penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan siswa-siswi serta seluruh warga UMS.


“Sebagai makluman, pelitup separuh muka dan pensanitasi tangan kini disimpan di dalam stor HEP sebelum diagihkan kepada tiga kolej kediaman dan kemudiannya diedarkan kepada pelajar pada minggu hadapan,” katanya.


Sumbangan 15,000 pelitup separuh muka dan 8,000 botol pensanitasi kepada UMS.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page