Undi percaya boleh dibuat selepas PM angkat sumpah, tidak jejas kuasa AgongUndi percaya boleh dibuat selepas PM angkat sumpah, tidak jejas kuasa Agong
top of page
  • nabalunews

Undi percaya boleh dibuat selepas PM angkat sumpah, tidak jejas kuasa Agong



4 September 2021 1. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah dilaporkan dalam memberi pandangan beliau bahawa undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibawah ke Parlimen kerana ia boleh 'menjejaskan kuasa Agong'. 2. Dalam sesi Webinar bertajuk "Kebersamaan UPKO dalam Perjuangan Pakatan Harapan" semalam, Presiden PKR yang Juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ada memberi perkongsian berkaitan dengan perjumpaan Ketua-Ketua Parti Politik dengan Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong sebelum calon Perdana Menteri diumumkan. 3. Dalam perjumpaan tersebut YB Dato' Seri Anwar menyatakan bahawa Agong telah menitahkan agar proses undi percaya (vote of confidence) terhadap Perdana Menteri mesti dibuat dalam sidang Parlimen yang akan datang. Malah Timbalan Yang Di Pertuan Agong dalam perjumpaan yang sama menekankan bahawa proses undi percaya ini mesti menjadi perkara pertama (first item of the day) apabila sidang Parlimen bermula yang mana juga bermaksud sebelum 'Titah' Pembukaan YDP Agong. Menurut Dato Seri Anwar lagi kesemua Ketua-Ketua Parti Politik bersetuju dengan perkara ini. 4. Jadi jika hujah Peguam Negara adalah untuk melindungi Kuasa Agong, bagaimana pula jika proses untuk membuat undi percaya tersebut adalah titah daripada YDP Agong sendiri? Semestinya ia tidak boleh dilihat sebagai mengatasi kuasa Agong. 5. Kedua, keabsahan sokongan majoriti terhadap seorang Perdana Menteri boleh dibawa atau dicuba (tested) dengan mengemukakan satu usul undi percaya atau undi tidak percaya di Parlimen pada bila-bila masa. 6. Jika diterima hujah Peguam Negara, maka bermaksud jika seorang Perdana Menteri yang sudah dipilih oleh Agong dan telah mengangkat sumpah, Perdana Menteri tersebut tidak boleh pada bila-bila masa pun dibuat satu usul undi percaya atau tidak percaya terhadap beliau di Parlimen kerana ianya akan dilihat sebagai mengatasi kuasa Agong. 7. Dengan hormat terhadap pandangan Peguam Negara, hujah beliau bukan suatu pendekatan yang betul kerana apabila seorang Perdana Menteri yang telah dipilih oleh Agong dan telah mengangkat Sumpah, jawatan Perdana Menteri Itu sudah pun sah dari segi Perundangan dan Perdana Menteri tersebut boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau. 8. Satu usul undi tidak percaya itu tidak boleh dilihat sebagai 'mengatasi atau mempertikaikan' kuasa Agong kerana 'kuasa dan budibicara' untuk melantik seorang Perdana Menteri oleh YDP Agong yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti pada waktu YDPA memutuskannya 'sudah berakhir' apabila Perdana Menteri itu telah mengangkat sumpah. 9. Maka dari segi Perundangan usul undi percaya atau tidak percaya itu adalah terhadap "KEPIMPINAN" Perdana Menteri yang sudah mengangkat sumpah (sah jawatan) dan sudah menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri dan bukannya terhadap kuasa dan budibicara Agong sewaktu melantik. 10. Maka satu usul undi percaya atau undi tidak percaya boleh dikemukan di sidang Parlimen pada bila-bila masa kerana keyakinan dan sokongan terhadap Perdana Menteri dikalangan Ahli-Ahli parlimen boleh berubah apabila beliau sudah mula menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri walaupun baru hanya selepas sehari daripada mengangkat sumpah. 11. Maka dalam pandangan saya, satu Usul undi percaya atau tidak percaya boleh dikemukakan pada bila-bila masa apabila Parlimen bersidang setelah seorang Perdana Menteri itu sudah mengangkat sumpah.

Nelson W Angang Setiausaha Agung UPKO

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page