top of page
  • Wartawan Nabalu News

Undi PH, ubah masa depan negara: Taufik


2 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Ranau Taufik Dahlan menggesa golongan muda yang berdaftar sebagai pemilih supaya menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Beliau berkata, ini penting bagi mengembalikan semula mandat rakyat pada PRU14 yang dikhianati pemimpin sebelum ini.

Taufik

“Menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan mengundi calon PH adalah jalan terbaik merubah masa depan negara ke arah yang lebih baik.


“Saya berharap golongan muda dapat membuat pilihan bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan janji atau tipu helah UMNO-BN dan sekutunya yang hanya mementingkan peribadi,” katanya.


Taufik turut menggalakkan golongan muda supaya mempelajari dan menguasai bidang bisnes yang luas.


“Jika PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan, keperluan golongan muda akan diberi perhatian selain peningkatan infrastruktur dan penjanaan ekonomi. Mudah-mudahan hasrat ini dapat direalisasikan,” katanya.

bottom of page