top of page

Universiti Perlu Kembangkan Kursus Digital, AI Kepada Pelajar Dalam Pelbagai Jurusan - Anwar

  • nabalunews
  • Aug 30, 2024
  • 1 min read

30 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Semua universiti di negara ini diminta turut mengembangkan kursus digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar di luar jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti jurusan sastera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata ini bagi menangani isu kekurangan jurutera dalam bidang berkenaan, untuk memenuhi keperluan industri susulan pelaburan beberapa syarikat teknologi gergasi antaranya Amazon, Google, Microsoft dan Infineon.


"Dulu kita kata (kursus digital dan AI) semuanya mesti lulusan Sains, Matematik dan sebagainya, tetapi ada juga keperluan untuk mengambil (pelajar) jurusan sastera bagi mengikuti sebahagian kursus ini.


"Ketika saya pergi ke India baru-baru ini, ada syarikat di sana kata tidak semua jurusan digital atau AI mesti lulusan kejuruteraan, ada sebahagainnya dalam lulusan sastera atau kursus-kursus terpilih yang boleh dijuruskan untuk keperluan spesifik," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah ‘Kerian Integrated Green Industrial Park’ di Kerian, Perak hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page