UNK 2021: MAYA (TATI TOSUAU), TRACY (TATI TOPIODO) DAN EMILY MEMENANGI 'BASAAN TINANDAI TOGINGO
- Wartawan Nabalu News
- May 29, 2021
- 1 min read

29 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
Maya Hejnowska Unduk Ngadau Kamatan mewakili Api-Api menerima gelaran Tati Tosuau (Miss Friendly), Tracy Sinidol (Tambunan) Tati Topiodo (Miss Natural Beauty), sementara Emily Chung mewakili Luyang pula memenangi Basaan Tinandai Togingo (Best Dress), semasa Sodop Pintutunan Unduk Ngadau 2021 (Gala Night) di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang pada malam semalam.
Seramai 21 UNK 2021 akan berentap dalam pusingan akhir yang akan diadakan secara dalam talian pada 30 dan 31 Mei ini.
Antara 21 peserta itu ialah Abigail Paul Makajil (Pantai Manis); Avrill Elvira (Tanjung Keramat); Belkage Sindam (Tamparuli); Carrey Evanne (Penampang); Rozeline John (Balung); Crystell Esther (Limbahau); Dianarin Vahidin (Paginatan); Emily Chung (Luyang); Malle Christian (Matunggong); Febby Angelica (Kundasang); Felcy Fransie (Petagas); Ivy Elchrisstia (Tenom); Brolyn Benjamin (Kiulu); Kareline Bukah (Nabawan); Kimberley Lim (Telupid); Lisa Christie (Tulid); Maya Hejnowska (Api- Api); Michelle Yong (Membakut); Sharon Stephen (Kawang); Tracie Sinidol (Tambunan) dan Valerieana Karen (Elopura).
Unduk Ngadau diadakan setiap tahun sempena Pesta Kaamatan dan ia melambangkan keunggulan wanita muda Kadazan Dusun Murut (KDM) yang mencerminkan kemurnian, kesopanan dan kejelitaan Huminodun yang sanggup berkorban demi keharmonian kaum masyarakat KDM pada masa dahulu.















Comments