UPKO bantu kempen parti dalam Kerajaan Perpaduan pada PRN enam negeri: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO bantu kempen parti dalam Kerajaan Perpaduan pada PRN enam negeri: Ewon

16 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan membantu parti politik dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos ini.


Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata penampilan parti itu adalah sebagai sokongan dan bagi menunjukkan komitmen kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang mengambil kira kepentingan setiap wilayah termasuk semua kelompok masyarakat di negara ini.


"Kita nampak kepimpinan itu ada pada Kerajaan Perpaduan... dan Sabah, saya percaya Sarawak juga,  menyokong kepimpinan ini, kita tidak nampak kepimpinan alternatif itu boleh mencakupi jangkaan kepentingan terutama Sabah… kita nampak keseriusan serta fokus itu di Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Institusi Koperasi Malaysia di sini, kelmarin.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, Malaysia memerlukan pemimpin yang boleh mengambil kira kepentingan semua wilayah dan kepentingan semua kelompok masyarakat di negara ini dan kita nampak kepimpinan itu ada dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak. Hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos dan hari pengundian awal pada 8 Ogos ini.


Hari penamaan calon pada 29 Julai ini. Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page