UPKO cadang tubuh Majlis Persekutuan-Negeri pulihkan ekonomi, kesihatan rakyatUPKO cadang tubuh Majlis Persekutuan-Negeri pulihkan ekonomi, kesihatan rakyat
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

UPKO cadang tubuh Majlis Persekutuan-Negeri pulihkan ekonomi, kesihatan rakyat


Madius bercakap semasa sidang media maya yang diadakan melalui Zoom, hari ini.

22 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencadangkan penubuhan Majlis Persekutuan-Negeri bagi memulihkan ekonomi dan kesihatan rakyat yang juga satu usaha untuk menyelesaikan kecelaruan dalam pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP).


Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Majlis itu perlu melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan di peringkat Kampung.


Beliau berkata, usul tersebut berserta beberapa lagi usul telah dihantar pada 19 Ogos yang lalu kepada Setiausaha Sidang Dewan Rakyat untuk dibahaskan semasa Persidangan Parlimen yang dijadualkan pada Sepember ini.


"Usul ini dibuat dengan kesedaran dan mengambil kira penderitaan rakyat akibat kehilangan insan tersayang akibat Covid-19, kehilangan sumber pendapatan, serta kesukaran meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam sistem persekolahan yang sedia ada.


"Ia juga sebagai usaha ke arah menyelesaikan pelbagai masalah dan kecelaruan dalam pembuatan serta pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan di peringkat Kampung," katanya dalam satu sidang media maya, hari ini.


Menurut Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran, telah terbukti bahawa struktur Majlis Keselamatan Negara yang ada tidak dapat merangkumi secukupnya suara pembangkang Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri untuk membentuk muafakat rentas-parti dan rentas-kerajaan yang berkesan untuk menangani pemulihan ekonomi dan kesihatan.


Selain dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sebagai timbalan pengerusi, antara syarat lain bagi penubuhan Majlis itu adalah ia perlu dianggotai oleh tiga kumpulan.


"Pertama, sejumlah menteri termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelancongan, Menteri Pendidikan dan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.


"Kedua, ahli-ahli parlimen pembangkang yang menggambarkan kepelbagain parti dan dalam jumlah yang sama; dan ketiga, semua Ketua Menteri dan Menteri Besar daripada 13 buah negeri," jelasnya.


Tambahnya, Majlis itu juga harus menerima input profesional dan kepakaran daripada sektor ekonomi, peubatan dan pendidikan bersama-sama pucuk pimpinan perkhidmatan awam, tentera dan polis.


Selain itu, mensyuarat mingguan perlu diadakan sebelum mesyuarat Kabinet untuk menerima laporan dan mengambil tindakan atas perkara-perkara seperti pengangguran dan penutupan perniagaan, jangkitan, kemasukan hospital dan kematian akibat Covid-19, prestasi vaksinasi rakyat, Pelaksanaan SOP, keadaan persekolahan dan prestasi sektor utama ekonomi.


"Kita juga mengambil maklum dasar dan SOP yang diperlukan untuk menangani wabak Covid-19 mungkin tidak popular pada permulaan dan hanya boleh berjaya jika tanggungjawab politik ditanggung bersama oleh semua parti politik dan kerajaan negeri sebagai Tim Malaysia untuk menyakinkan masyarakat.


"Kita juga mengambil maklum bahawa pemusatan kuasa dalam bidang kesihatan dan kesihatan awam di bawah Jadual ke-Sembilan Perlembagaan Persekutuan yang telah menghindari kerajaan-kerajaan negeri daripada memberikan sumbangan yang lebih besar dalam melawan wabak Covid-19," tambahnya.


Dalam pada itu, Madius berkata semua pihak perlu menerima hakikat tentang peri-pentingnya pandangan dan sokongan pelbagai pihak bagi membantu Menteri-menteri Persekutuan dan pucuk pimpinan perkhimatan awam, tentera dan polis dalam pembuatan keputusan dasar serta SOP yang inklusif.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page