top of page

UPKO Himpun Penyokong SABAH FIRST di Dewan Gum-Gum

  • nabalunews
  • 13 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 November 2025


SANDAKAN: Program “Sabah First” anjuran UPKO terus mendapat sambutan luar biasa apabila lebih daripada seribu penduduk sekitar kawasan Gum-Gum menghadiri perhimpunan yang berlangsung di Dewan Gum-Gum Batu 16, Sandakan, semalam.


Program itu menyaksikan para penyokong hadir membawa plakad dan bendera UPKO dengan suasana dewan dipenuhi sorakan sokongan terhadap perjuangan parti serta calon UPKO di N.50 DUN Gum-Gum, Dr Peter Jr Naintin.


Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO dalam ucaptamanya turut menekankan Perpaduan Rakyat tempatan menyokong inisiatif Sabah First.

ree

Turut menjadi perhatian ialah kehadiran mantan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Tuan Haji Jasni, yang hadir menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Peter Jr Naintin.


Kehadiran beliau dilihat sebagai suntikan semangat tambahan bagi jentera parti di kawasan tersebut.


Dalam ucapannya, Datuk Ewon Benedick menegaskan komitmen UPKO untuk memastikan suara rakyat Sabah terus diberi keutamaan di peringkat negeri dan nasional.


“Program ‘Sabah First’ bukan sekadar slogan, ia adalah peringatan bahawa kepentingan Sabah mesti didahulukan.


“UPKO akan terus bekerja bersama rakyat untuk memastikan kebajikan mereka terjamin,” katanya.


Sementara itu, Dr Peter dalam amanatnya menyeru masyarakat Gum-Gum agar terus bersatu demi membawa perubahan positif ke kawasan tersebut.


“Saya berterima kasih atas kehadiran yang begitu menggalakkan. Sokongan ini memberi keyakinan bahawa kita bergerak dalam satu hala tuju yang sama untuk menjadikan Gum-Gum lebih maju, lebih selesa, dan lebih terjamin untuk semua,” katanya.


Kehadiran yang memberangsangkan di Dewan Gum-Gum Batu 16 dianggap sebagai petanda positif terhadap kekuatan kempen UPKO di kawasan tersebut menjelang hari pengundian bagi pilihan raya Umum Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page