top of page

UPKO Jadi Pilihan Rakyat: “Bersih dan Cekap, Sabah First”

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

9 November 2025


PUTATAN: Rekod bersih Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) serta kepimpinan telus Presidennya, Datuk Ewon Benedick, terus menjadi tarikan utama rakyat Sabah untuk menyertai parti tersebut.


Terbaru, seramai 1,088 ahli baharu UPKO Bahagian Putatan telah menyerahkan borang keahlian mereka dalam satu majlis rasmi yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat.


Majlis penyerahan borang keahlian itu telah disempurnakan oleh Naib Ketua Bahagian UPKO Putatan, Datuk Dr. Ismail S. Charles, kepada Setiausaha Eksekutif UPKO Datuk William Sampil.


Dr. Ismail berkata, kemasukan beramai-ramai ahli baharu ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan UPKO yang konsisten dan berprinsip.


“Rata-rata ahli baharu menyertai UPKO kerana tertarik dengan imej bersih parti dan kepimpinan Datuk Ewon Benedick yang telus serta berwibawa.


“Beliau telah menunjukkan tahap komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri, ADUN dan Ahli Parlimen yang sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya lagi, Ewo dilihat sebagai pemimpin muda Sabah yang bersemangat dan berwawasan tinggi.


“Ewon adalah pemangkin serta suara energetik di kalangan pemimpin Sabah. Pemimpin seperti beliau wajar diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab lebih besar dalam tampuk kepimpinan kerajaan negeri.


“Slogan “Sabah First” turut menjadi laungan semangat baharu dalam kalangan ahli UPKO, sejajar dengan perjuangan parti yang konsisten menyuarakan hak-hak Sabah dalam kerangka Persekutuan Malaysia,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page