top of page

UPKO Kampung Bahab dan Taginambur Pekan Kukuhkan Sokongan Kepada ADUN Kadamaian

  • nabalunews
  • Mar 23
  • 1 min read


23 Mac 2025


KOTA BELUD: Mesyuarat cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Bahab dan Taginambur Pekan sepakat untuk terus memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Mesyuarat yang diadakan di Takas Borneo Cafe itu, sebulat suara percaya sokongan kepada Ewon di Kadamaian akan meningkat dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Ketua Cawangan UPKO Kampung Bahab, Yezree Sumping berkata, sokongan terhadap kepimpinan UPKO semakin meningkat dalam kalangan penduduk Kampung Bahab.



Katanya, masyarakat setempat amat menghargai usaha yang telah dilakukan ADUN Kadamaian dalam membangunkan kawasan mereka.


“Selain membincangkan sokongan terhadap kepimpinan UPKO, mesyuarat turut mengetengahkan beberapa keperluan utama di kawasan Taginambur Pekan.


“Antaranya ialah keperluan membaik pulih Dewan Komuniti Dewan Gopog yang menjadi pusat utama bagi aktiviti masyarakat,” katanya ketika ditemui, semalam.


Dalam pada itu, Ketua Cawangan Taginambur Pekan, Allextus Sylvester Gill berkata, beliau turut sependapat bahawa Ewon akan mendapat sokongan kukuh khususnya pengundi bawah umur 40 tahun.


Bagaimanapun katanya, kepimpinan UPKO perlu terus mendengar suara rakyat dan menangani isu-isu utama yang dihadapi penduduk.


“Dalam mesyuarat ini, kami juga membangkitkan isu tanah hak milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud.


“Saya mencadangkan agar pengkalan polis di Taginambur diwujudkan semula memandangkan Pekan Taginambur semakin pesat membangun.


“Kehadiran pengkalan polis di kawasan tersebut dilihat penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terus terjamin,” katanya.


Sementara itu, Naib Ketua Bahagian, Saikom Watis yang hadir sebagai pemerhati berkata, beliau mendengar segala permasalahan dan cadangan yang dikemukakan oleh ahli cawangan dan penduduk setempat.


Katanya, perkara itu akan dibawa kepada agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kebaikan bersama.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page