top of page

UPKO Kampung Soronsob Kukuhkan Sokongan Hadapi PRN17

  • nabalunews
  • Mar 7
  • 1 min read

7 Mac 2025


KOTA BELUD: Mesyuarat Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kampung Soronsob sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Ketua Cawangan, Sarangat Mudi berkata, mesyuarat berkenaan berjalan lancar dengan kehadiran lebih 30 ahli cawangan.


Katanya, mesyuarat itu diadakan bagi memperkukuh sokongan akar umbi UPKO, khususnya di Kampung Soronsob, sebagai persiapan menghadapi PRN17.

“Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli cawangan sebulat suara bersetuju untuk menyokong penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai calon mereka dalam pilihan raya akan datang.


“Semua ahli yakin pembangunan yang dibawa oleh Ewon memberikan kepercayaan dan keyakinan bahawa pemimpin kami ini masih diperlukan rakyat khususnya di Kadamaian,” katanya.


Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Wartis, Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran dan serta Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin.


Sementara itu, Saikom dalam ucapannya menegaskan, pentingnya kesepaduan dalam kalangan ahli bagi memastikan kemenangan UPKO pada PRN17.


Katanya, Ewon jelas telah memainkan peranan besar dalam pembangunan Kadamaian dan ia perlu dipilih semua bagi meneruskan agenda pembangunan yang sudah dirangka sebelum ini.


"Perlu diingat, Ewon belum pernah gagal dalam pembangunan di kawasan Kadamaian. Banyak infrastruktur telah dibangunkan, termasuk bantuan kepada pelajar, gereja, sekolah, serta komuniti setempat.


“Tahniah kepada cawangan UPKO Kampung Soronsob atas kejayaan menganjurkan mesyuarat ini,” katanya.


Menurutnya, persiapan awal dan kesepaduan akar umbi adalah kunci kejayaan UPKO dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.


“Mesyuarat ini menunjukkan komitmen berterusan UPKO dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat, selain memastikan kepimpinan yang sedia ada terus mendapat kepercayaan rakyat di Kadamaian,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page