UPKO Kassara Umum Kepimpinan 2026-2029, Juin Terajui Cawangan
- nabalunews
- 4 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
30 Mac 2026
KOTA BELUD: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Cawangan Kassara secara rasmi melantik barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2026 hingga 2029 dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan yang berlangsung semalam.
Lebih 30 ahli hadir dalam mesyuarat yang diadakan pada 29 Mac 2026 itu dan sebulat suara memilih Juin Kolod untuk menerajui cawangan tersebut sekali lagi bagi penggal baharu.
Juin dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir atas sokongan berterusan terhadap kepimpinannya. Beliau turut menekankan pentingnya perpaduan dalam membawa cawangan ke arah yang lebih progresif.

Barisan kepimpinan baharu menampilkan gabungan muka lama dan baharu. Selain Juin sebagai Ketua Cawangan, Mark Boy Maitin dilantik sebagai Ketua Pemuda manakala Jelita Antarik memegang jawatan Ketua Wanita. Ketua Generasi Muda (GEM) pula disandang oleh Hassader Koko Jahid.
Mesyuarat agung yang berlangsung secara demokratik itu turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran selaku pemerhati.
Kehadiran beliau memberikan sokongan serta memastikan proses pemilihan berjalan lancar mengikut perlembagaan parti.















Comments