top of page

UPKO Keningau Mantapkan Jentera Hadapi PRN17

  • nabalunews
  • Mar 18
  • 1 min read

18 Mac 2025


KENINGAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau terus memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) dengan mengadakan Mesyuarat Pembentukan Jentera Pilihan Raya pada 17 Mac 2025 lalu di Pejabat UPKO Bahagian Keningau, Bandar Baru Keningau.


Pengerusi mesyuarat, Pengarah Jentera Pilihan Raya UPKO Keningau, Alexsius Paulus menjelaskan, fokus utama mesyuarat adalah membentuk jawatankuasa pilihan raya dan melantik ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Keningau.


Selain itu, strategi pemantapan parti di kawasan Keningau turut dibincangkan bagi memastikan persiapan yang lebih tersusun menjelang PRN akan datang.


Menurut Alexsius, hasil mesyuarat ini akan dibawa untuk perbincangan lanjut di mesyuarat jentera Pilihan Raya Pusat.


Beliau menegaskan bahawa UPKO Keningau cukup bersedia untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan DUN Liawan jika diberikan mandat oleh kepimpinan parti.


"Kami yakin dan kami ingin menyumbang kerusi kepada UPKO bagi memperkukuhkan kedudukan parti di Sabah," katanya.


Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Japrin Tunjan, Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) UPKO Bingkor, Kennedy John, Ketua CLC UPKO Liawan, Nancy Lau, Ketua Pergerakan Pemuda UPKO, Jeffsonzo Japrin, serta ahli-ahli UPKO Keningau yang lain.


Dengan perancangan yang tersusun dan kepimpinan yang berwibawa, UPKO Keningau optimis dalam menghadapi cabaran PRN17 dengan strategi yang lebih mantap dan barisan kepimpinan muda yang bersedia berkhidmat untuk rakyat.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page