top of page
  • Writer's pictureRowindy Lawrence

UPKO Kinabatangan mulakan misi bantuan banjir di Tongod


26 Mac 2022

Oleh Rowindy Belle


KINABATANGAN: Pergerakan Wanita Bahagian UPKO Kinabatangan memulakan misi bantuan untuk mangsa banjir kilat di Kampung Minusoh, Tongod.


Bantuan berupa makanan dan keperluan lain seperti pampers kanak-kanak itu disampaikan kepada 34 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir di kampung.


Misi bantuan itu diketuai oleh Ketua Wanita UPKO Kinabatangan Mohina Sidom.

Beliau berkata, kejadian banjir kilat baru-baru ini menyebabkan rumah mereka rosak dan beberapa barangan keperluan rumah dihanyutkan oleh air deras.


“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Nabalu News, kelmarin.


Mohina berkata, pihaknya masih meneruskan usaha untuk mengumpul dana bantuan banjir.

“Pungutan derma bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini masih berjalan di kalangan Ahli Majlis Tertinggi UPKO dan ahli-ahlinya lain melalui Biro Bencana Alam UPKO.


“Kami berharap pihak kerajaan dapat mempercepat bantuan untuk membaiki kerosakan rumah dan harta benda mangsa-mangsa banjir ini,” katanya.


Selain Wanita, Ketua Bahagian Datuk Johnny Intang dan Ketua Pemuda UPKO Kinabatangan Alsa Sunsing serta beberapa ahli di kawasan itu juga turut terlibat memberikan bantuan kepada mangsa banjir.



Tags:

Comments


bottom of page