top of page
  • nabalunews

UPKO Kinabatangan teruskan misi bantuan mangsa banjir di Kg. Minusoh Tongod


26 Mac 2022

Oleh Rowindy Belle


KINABATANGAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kinabatangan meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir kilat di Tongod.


Pada hari ini UPKO Kinabatangan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Datuk Johnny Intang menyampaikan sumbangan bakul makanan, alat tulis, pakaian, selimut dan tilam kepada seramai 32 mangsa banjir di Kampung Minusoh Tongod.


Beliau berkata, ini adalah kesinambungan daripada bantuan yang disampaikan Wanita UPKO Kinabatangan kelmarin.

“Kami akan meneruskan misi bantuan ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan,” katanya.


Selain Kampung Minusoh, Upko turut menyampaikan bantuan yang sama kepada beberapa penduduk di Kampung Maliau.


Sumbangan adalah hasil pungutan derma melalui Biro Bencana Upko termasuk Ketua Pemuda Upko Kinabatangan Alsa Sunsing.



Tags:

Kommentare


bottom of page